Sebagai badan pertubuhan sukarela, punca atau bantuan kewangan Persatuan ini adalah tidak menentu.Sejak penubuhan rumah kebajikan ini, pihak pengurusan telah berusaha untuk menyediakan kemudahan, mendidik dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak yatim .
Oleh itu besarlah harapan kami jika pihak Tuan/Puan sudi menyertai kami untuk memberikan pelbagai sumbangan bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan anak-anak yatim di Darulhayah ini. Ini termasuk perbelanjaan wang yang diperlukan untuk yuran persekolahan, elaun pembelajaran harian, pengurusan asrama dan juga kakitangan.
Segala bantuan dan sokongan dari pihak Tuan/Puan adalah amat kami hargai dan didahului dengan setinggi-tinggi terima kasih. Semoga Allah memberkati jasa baik Tuan/Puan.
Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan boleh dibuat di atas nama TABUNG PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL HAYAH SELANGOR & KUALA LUMPUR BANK : CIMB ISLAMIC |